Tuesday, 5 April 2011

SEJARAH PERPUSTAKAAN SYED MASHOR KUALA KUBU BHARU



Perpustakaan Daerah Hulu Selangor Kuala kubu bharu telah memulakan perkhidmatan pada 1975 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.Bangunan baru perpustakaan daerah ini telah dibuka kepad orang ramai pada 1 julai 1992 yang berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu iaitu di jalan Syed Mashor.Sempena perasmiannya pada 21 oktober 1994 oleh YAB Menteri Besar Selangor,perpustakaan ini telah dinamakan PERPUSTAKAAN SYED MASHOR.Koleksi perpustakaan ini mengandungi lebih 100.000 naskah buku dan pelbagai jenis majalah termasuk surat khabar.

Monday, 4 April 2011

waktu Kerja Perpustakaan

Isnin - Jumaat  9.00am - 6.00pm

Sabtu              9.00am - 5.30pm


Perpustakaan Ditutup pada :

Hari sabtu minggu pertama,ketiga dan kelima setiap minggu

Sekiranya hari sabtu minggu kedua dan keempat dibuka,Isnin berikutnya akan ditutup.

Hari-hari kelepasan AM.

Bilik Seminar dan Dewan Serbaguna

Bilik seminar dan dewan serbaguna di tingkat atas perpustakaan boleh disewa oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan masyarakat.

Perkhidmatan Fotostat

Mesin fotostat ini disediakan bagi membuat salinan dengan kadar yang ditetapkan oleh PPAS.

Perkhidmatan Komputer Dan Internet

Perkhidmatan ini diberi secara percuma kepada ahli perpustakaan sahaja di bilik PERSONAL STUDY Yang di khaskan.

Bacaan Ringan

Majalah dan akhbar harian tempatan boleh didapati di ruang majalah dan akhbar.Antara akhbar yang ada ialah Berita Harian,Harian Metro,Sinar Harian,News Straits Times dan The Star.

Perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan Syed Mashor kuala Kubu Bharu

1. PERKHIDMATAN PINJAMAN

Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kanak-kanak,remaja dan dewasa.Sebelum membuat pinjaman pengguna perlu mendaftar keahlian perpustakaan.keahlian perpustakaan adalah percuma kepada orang ramai.
     
Pinjaman bahan bacaan telah disyaratkan oleh PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM  SELANGOR ( PPAS ) iaitu :
                                     
- Sebanyak tiga naskah untuk satu kad ahli.
- Tempoh pinjaman adalah 3 minggu.
- Pengguna dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman iaitu 3 minggu berikut
- Lanjutan tempoh pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja sebelum atau pada
  hari akhir tarikh pemulangan melalui telefon atau kaunter perpustakaan.
- Denda akan dikenakan bagi kelewatan pemulangan bahan dengan kadar rm 0.50
  sehari.Bagi bahan APD ( CD/DVD ) ialah rm 2.00 sehari.
- Bahan yang rosak atau hilang digantikan dengan harga asal bahan tersebut.


2. PERKHIDMATAN RUJUKAN
Perpustakaan mempunyai koleksi rujukan yang pelbagai untuk rujukan dalam bangunan ini sahaja iaitu :
       
                                        - Majalah Berjilid
                                        - Ensiklopedia
                                        - Risalah
                                        - Buku-buku pelajaran ( UPSR,PMR,SPM,STPM )
                                        - Kamus
                                        - Peta

3. PERKHIDMATAN MAKLUMAT MASYARAKAT
Perkhidmatan ini menyediakan maklumat mengenai Daerah Hulu Selangor tentang penduduk,industri,agensi-agensi dan pertubuhan -pertubuhan kerajaan,swasta dan masyarakat.maklumat tentang negeri selangor turut dikhaskan dalam bentuk bahan bacaan.

Peraturan Perpustakaan Syed Mashor

ANDA DILARANG!!


1. Pembaca Tidak dibenarkan membuat tanda dengan pensil,melipat muka surat buku,majalah,alat-alat,perabot dan barang-barang lain.
2. Buku-buku tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan kecuali buku yang dipinjam.
3. Pembaca hendaklah menunjukkan kepada kakitangan yang bertugas segala buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan.
4. Pembaca tidak dibenarkan tidur atau berbaring diatas kerusi,meja atau lantai.
5. Pembaca tidak dibenarkan bercakap,berbincang dan membuat bising.
6. Pembaca tidak dibenarkan membawa atau menjual makanan dan minuman dalam perpustakaan.
7. Pembaca tidak dibenarkan makan,minum,merokok dan meludah dimana-mana tempat.
8. Pembaca hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan.
9. Binatang peliharaan tidak dibenar sama sekali dibawa masuk ke perpustakaan.
10. Pegawai atau kakitangan perpustakaan berhak meminta seseorang pembaca yang mengganggu ketenteraman keluar dari perpustakaan.
11. Pihak perpustakaan berkuasa untuk menarik barang-barang perpustakaan seperti buku-buku dan lain-lain daripada pembaca yang melanggar undang-undang perpustakaan.
12. Pegawai perpustakaan berhak untuk tidak membenarkan pembaca yang berkelakuan sumbang masuk ke perpustakaan.

ADALAH MELAKUKAN  DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SABITAN DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM 300 ATAU DUA BULAN PENJARA ATAU DALAM HAL YANG KEDUA ATAU KESALAHAN BERIKUTNYA DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM 600 ATAU EMPAT BULAN PENJARA.


Kakitangan Perpustakaan Syed Mashor

                
PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

En Zahir B. Yahaya

KAKITANGAN

En Daud B. Akil

Pn Munaziah Bt Salim

Pn Rohani Bt Sanusi

Pn munalizan Bt Kasim

Mohd Izahar B. Zainol





Perkhidmatan Perpustakaan Desa dan daerah Hulu Selangor

                                             1. Perpustakaan Desa Sungai Choh
                                       2. Perpustakaan Desa Sungai Masin
                                       3. Perpustakaan Desa Kerling
                                       4. Perpustakaan Desa kalumpang
                                       5. Perpustakaan Desa Hulu Bernam
                                       6. Perpustakaan Desa Sungai Selisek
                                       7. Perpustakaan Desa Kg. Serigala

Perpustakaan Desa Sg Choh : Pn Nurremy Bt Abd Aziz
                                             ( Pembantu perpustakaan )

Perpustakaan Desa Sg masin : Pn Norani Bt Idrus
                                             ( Pembantu perpustakaan )

Perpustakaan Desa kerling    : Pn Suryani Bt Mustafa
                                             ( Pembantu perpustakaan )

Perpustakaan Desa Kalumpang : Pn Siti Huda Bt Abdul Shukur
                                                 ( Pembantu Perpustakaan )

Perpustakaan Desa Hulu Bernam : Cik Noraznial fadelah Bt Md Yusof
                                                    ( Pembantu perpustakaan )

Perpustakaan Desa Sg Selisek : Pn Khairul Adibah Bt Mohd Yusof
                                                ( Pembantu perpustakaan )

Perpustakaan Desa Serigala : Pn Azni Bt Rahman ( Pegawai )
                                             Cik Mazuin Bt shahruddin ( Pembantu perpustakaan )

Umum

Sekiranya pengguna menghadapi kesulitan dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan,pegawai dan kakitangan perpustakaan bersedia membantu apabila diperlukan.Pengguna juga boleh memberi cadangan kepada pihak perpustakaan seperti pembelian buku dan perkhidmatan perpustakaan.