Perpustakaan Daerah Hulu Selangor Kuala kubu bharu telah memulakan perkhidmatan pada 1975 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.Bangunan baru perpustakaan daerah ini telah dibuka kepad orang ramai pada 1 julai 1992 yang berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu iaitu di jalan Syed Mashor.Sempena perasmiannya pada 21 oktober 1994 oleh YAB Menteri Besar Selangor,perpustakaan ini telah dinamakan PERPUSTAKAAN SYED MASHOR.Koleksi perpustakaan ini mengandungi lebih 100.000 naskah buku dan pelbagai jenis majalah termasuk surat khabar.
Perpustakaan Syed Mashor Kuala Kubu Bharu
Tuesday, 5 April 2011
Monday, 4 April 2011
waktu Kerja Perpustakaan
Isnin - Jumaat 9.00am - 6.00pm
Sabtu 9.00am - 5.30pm
Perpustakaan Ditutup pada :
Hari sabtu minggu pertama,ketiga dan kelima setiap minggu
Sekiranya hari sabtu minggu kedua dan keempat dibuka,Isnin berikutnya akan ditutup.
Hari-hari kelepasan AM.
Sabtu 9.00am - 5.30pm
Perpustakaan Ditutup pada :
Hari sabtu minggu pertama,ketiga dan kelima setiap minggu
Sekiranya hari sabtu minggu kedua dan keempat dibuka,Isnin berikutnya akan ditutup.
Hari-hari kelepasan AM.
Bilik Seminar dan Dewan Serbaguna
Bilik seminar dan dewan serbaguna di tingkat atas perpustakaan boleh disewa oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan masyarakat.
Perkhidmatan Fotostat
Mesin fotostat ini disediakan bagi membuat salinan dengan kadar yang ditetapkan oleh PPAS.
Perkhidmatan Komputer Dan Internet
Perkhidmatan ini diberi secara percuma kepada ahli perpustakaan sahaja di bilik PERSONAL STUDY Yang di khaskan.
Bacaan Ringan
Majalah dan akhbar harian tempatan boleh didapati di ruang majalah dan akhbar.Antara akhbar yang ada ialah Berita Harian,Harian Metro,Sinar Harian,News Straits Times dan The Star.
Perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan Syed Mashor kuala Kubu Bharu
1. PERKHIDMATAN PINJAMAN
Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kanak-kanak,remaja dan dewasa.Sebelum membuat pinjaman pengguna perlu mendaftar keahlian perpustakaan.keahlian perpustakaan adalah percuma kepada orang ramai.
Pinjaman bahan bacaan telah disyaratkan oleh PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR ( PPAS ) iaitu :
- Sebanyak tiga naskah untuk satu kad ahli.
- Tempoh pinjaman adalah 3 minggu.
- Pengguna dibenarkan untuk melanjutkan tempoh pinjaman iaitu 3 minggu berikut
- Lanjutan tempoh pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja sebelum atau pada
hari akhir tarikh pemulangan melalui telefon atau kaunter perpustakaan.
- Denda akan dikenakan bagi kelewatan pemulangan bahan dengan kadar rm 0.50
sehari.Bagi bahan APD ( CD/DVD ) ialah rm 2.00 sehari.
- Bahan yang rosak atau hilang digantikan dengan harga asal bahan tersebut.
2. PERKHIDMATAN RUJUKAN
Perpustakaan mempunyai koleksi rujukan yang pelbagai untuk rujukan dalam bangunan ini sahaja iaitu :
- Majalah Berjilid
- Ensiklopedia - Risalah
- Buku-buku pelajaran ( UPSR,PMR,SPM,STPM ) - Kamus
- Peta
3. PERKHIDMATAN MAKLUMAT MASYARAKAT
Perkhidmatan ini menyediakan maklumat mengenai Daerah Hulu Selangor tentang penduduk,industri,agensi-agensi dan pertubuhan -pertubuhan kerajaan,swasta dan masyarakat.maklumat tentang negeri selangor turut dikhaskan dalam bentuk bahan bacaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)